Bayar Zakat Kini Lebih Mudah,
Pantas dan Selamat

Cara 1 | Tunai Zakat Online | FPX Payment Gateway

Bayar Zakat

Tunai zakat online anda dan resit rasmi LZS akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja. Pembayar akan dihubungi melalui email / aplikasi whatsapps. 

Cara 2 | Tunai Zakat Online| Pindahan Bank
( Manual )

Bayar Zakat Selangor. Bayar Zakat online. Tunai Zakat
5505 1139 0233

Lembaga Zakat Selangor

Hubungi kami bagi serahan resit transaksi bayaran serta maklumat pembayar bagi tujuan pemprosesan resit rasmi Lembaga Zakat Selangor.

Cara 3: Serahan cek

Pegawai kami sedia ke lokasi anda bagi terimaan cek atas nama LEMBAGA ZAKAT SELANGOR dan resit akan diproses setelah cek tersebut kami bank-in. Hubungi pegawai kami untuk tetapkan temujanji

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT ! ANDA HERO ASNAF
Bayar Zakat Selangor. Bayar Zakat online. Tunai Zakat

Menunaikan zakat bukan hanya kewajipan tahunan. Ia amanah yang membawa keberkatan dalam hidup, rezeki dan keluarga kita. Setiap kali kita tunaikan zakat, kita sedang membersihkan harta, membuka pintu rezeki dan membantu saudara seIslam yang perlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, amat penting untuk menyalurkan zakat melalui pihak yang sah dan boleh dipercayai.

Apabila anda bayar zakat melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS), setiap sen yang dikeluarkan sampai kepada asnaf yang layak. LZS ialah pusat zakat rasmi negeri. Sebab itu, semua transaksi lebih terjamin, sah dari sudut undang-undang dan direkod dengan jelas. Selain itu, pembayaran anda diselia melalui audit  supaya tiada ketirisan berlaku.

Zakat yang disalurkan melalui LZS memberi manfaat kepada ramai golongan. Ia membantu keluarga fakir miskin, menyokong pelajar tahfiz, menguatkan muallaf, membantu pesakit yang perlukan rawatan, meringankan beban ibu tunggal dan memberi modal kepada usahawan kecil. Justeru, inilah keberkatan besar yang datang daripada satu amalan yang nampak kecil tetapi sangat bermakna.

Sebagai Penolong Amil LZS, kami sedia membantu anda tunaikan zakat dengan mudah dan teratur. Kami urus pelbagai jenis zakat seperti zakat pendapatan, simpanan dan perniagaan. Tambahan pula, setiap pembayaran akan diberikan resit rasmi LZS untuk rekod dan tujuan pelepasan cukai LHDN.

Jika anda ingin tunaikan zakat online, klik butang di bawah. Semoga Allah meluaskan rezeki anda, memelihara keluarga anda dan menerima setiap kebaikan yang anda lakukan.

Scroll to Top